Sunday, December 30, 2012

Konsert Solo Pertama Shila Amzah Khas Membantu Gaza

sumber dari murai.com

KUALA LUMPUR, 29 DIS 2012: Walaupun persembahan Shila Amzah di pentas World Music Awards 2012, Miami telah ditunda tetapi penyanyi itu masih tidak putus-putus menerima undangan nyanyian di pentas-pentas besar dalam masa terdekat ini.

Yang paling hampir adalah Konsert Shila Amzah sempena Gala Amal Pamoga-Gaza anjuran pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman atau Vida yang akan diadakan di Imperial Ballroom, Hotel One World, Petaling Jaya pada malam ini.

Shila yang ditemui pada majlis sidang akhbar konsert tersebut mengaku berasa teruja dengan tawaran daripada pihak Vida Beauty tersebut. Ini merupakan kali pertama dia mengadakan konsert secara solo dalam tempoh masa satu jam setengah dan bertambah manis kerana ia merupakan konsert amal untuk membantu mangsa kekejaman Israel di Gaza.

"Tawaran daripada Vida Beauty ini adalah yang pertama seumpamanya. Saya akan membuat persembahan selama satu jam setengah untuk konsert amal bagi membantu saudara sesame Islam kita yang tertindas di bumi Gaza. Selain beroleh pengalaman baru, ia juga sebagai tanggungjawab saya untuk membantu mereka dengan cara saya tersendiri.

"Untuk konsert ini saya akan menyanyikan lebih kurang 15 lagu yang sering saya nyanyikan semenjak saya bermula di bidang seni suara hinggalah lagu-lagu terkini. Disamping itu saya akan selitkan dengan lagu-lagu medley sebagai memberi kelainan pada konsert tersebut.

"Peluang dan tawaran seperti ini bukan datang selalu dan tujuan murni konsert amal ini diharapkan mendapat sambutan ramai,"ujarnya yang akan terus berlepas ke Shanghai sebaik sahaja konsert tersebut berakhir.
Seramai 2,000 orang dijangkakan hadir menyaksikan Konsert Shila Amzah sempena Gala Amal Pamoga-Gaza di One World Hotel, Bandar Utama esok malam. Sebanyak 10 peratus hasil kutipan disumbangkan kepada tabung Gaza manakala selebihnya disumbangkan kepada lima rumah anak yatim terpilih di Malaysia.
Pengasas Vida Beauty, Dr Vida memberitahu pemilihan Shila dirasakan tepat dan penyanyi itu dilihat sebagai seorang role model dan contoh muslimah moden kini.

"Aura yang dimiliki Shila membuatkan kami tidak teragak-agak untuk memilihnya bagi menjayakan konsert amal Gaza ini. Shila menepati kriteria yang saya cari iaitu bertudung dan mempunyai pengikut yang ramai.
"Shila pun sekarang memperlihatkan semangat juangnya yang ingin terus berusaha dan meletakkan dirinya di satu tahap yang amat membanggakan antaranya sebagai juara Asian Wave 2012.

"Diharapkan dengan penampilan Shila Amzah pada konsert amal ini dapatlah kita mengumpulkan lebih banyak lagi dana dan kutipan untuk disumbangkan kepada Gaza dan juga rumah anak-anak yatim terpilih di negara kita,"ujar pengasas produk kesihatan dan penjagaan diri itu.

Konsert berserta jamuan makan malam itu dijadualkan bermula pada jam 7 malam dan selain Shila Amzah, kumpulan pelawak Jambu turut ditampilkan sebagai memeriahkan lagi acara amal tersebut. Persembahan Shila Amzah pada malam ini juga akan mendapat khidmat pengarah muzik hebat Datuk Ramli MS.

sumber dari murai.com

TQ Sayangku Sudi Baca Dan Komen :)

4 comments:

Riedaffya ibrahim said...

murah rezeki shila lagi ka..

Kasihku Abadi said...

Alhamdulillah

Maria Menado~ said...

tahniah buat shila.. suke shila Hamzah..~~

IeZwa RazK II said...

Hye, Dah join ke belum Mini GA by Iezwa RazK? Kalau belum join, jemputlah join ye. Ada 40 hadiah menarik untuk dimenangi :)

http://aqueiez95.blogspot.com/2013/02/mini-giveaway-by-iezwa-razk_15.html








 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink